Friday, March 8, 2013

2012 : Part 1

0 comments
2012 
Part 1
Some people say that everything has got its place in time. Yup, that's definitely true. For me, 2012 has definitely been one of the best year ever. From January till December. Full of sweet memories, though there might be some bitter moments but still, it is a year that i'll definitely cherish and remember throughout my life. First and foremost, since I've officially become a medical student, I do have to admit that time is definitely one of the most important stuff to consider. too many things to memorize and too many mechanism to be filled in this small little tiny brain, but again, Alhamdulillah, cause I've been given the chance to pursue myself in this so-called tense course. anyway, back to the main story. why is 2012 so memorable ? well, basically, banyak je benda yang berlaku (oops ! kenapa tetiba dh x speaking ni ?) sepanjang 2012 but here are just some of the important stuff that makes me feel semangat to write this blog.
*i'm gonna use a mix of english and malay in this post since guna bhsa ibunda makes me feel more comfortable and more expressive :p*

1. Kolej Mara Banting and IB
Pintu masuk
KMB in short is a place where i've learnt a lot of new stuff. and at the same time, being given the chance to meet some pretty awesome-cool-sempoi people. truthfully, I hated IB (International Baccalaureate). but the environment in KMB somehow membuatkan aku immune to IB. The teachers are superb. The students were tip top and friendly habis. Though the days were filled with workloads, assignments, EE, ToK, internal assessment, aku yakin je skrg confem semua tgh ckp kt diri masing2 nk kembali ke KMB. not in the sense of nk buat IB lg skali but for the sake of having friends around us. to be honest, aku rindu nk bangun pagi2, then berebut2 tandas *especially part nk cop tandas dgn meletakkan baldi dpn bilik shower. haha*. rindu nk pergi beli breakfast kt koop and kiosk especially keropok lekor and wedges (nisa slalu beli byk2 smpai stok habis), rindu nk makan nasi lemak kantin yg tiap2 tahu naik harga, roti gardenia and roti sosej kt koop, rindu makan ikan keli DS, rindu nk makan kt KFC lpas kelas ptg2 ngn classmate, rindu NAK MAIN VOLLEYBALL waktu riadah, rindu ceramah tiap2 malam Jumaat, and mcm2 lagi la kalau nk diikutkan. Anyway, apakan daya, masa berlalu dengan pantas and sedar x sedar, dh nk hampir setahun dh tinggalkan KMB. so, i just hope that those memories will forever remain dlm kepala ni and hopefully nnt kalau ade reunion batch, dpt la jumpa batch2mate walaupun ramai je ada yg kt Ireland ni.haha. and for that, this is what makes 2012 one of the most memorable year ever.
Group Orientation. First week di KMB. Jun 2010
Bilik KMB masa awal2 masuk
With dearest roomate. Zaid Nasir. haha

Part 2 akan menyusul kemudian.....
Sekian assalamualaikum

Friday, November 16, 2012

Naik Turun

0 comments
Salam. rasenya lama dah x update blog ni. dengan harapan nk menceritakan pengalaman berada di Ireland hampir 2 bulan, tapi sampai skrg masih xde mood nak bercerita ? kenapa ? sebab masih mencari2 lagi mood utk menulis. masih lagi dlm mood untuk meng-adaptkan diri dgn keadaan di sini. Maklumla, waktu winter, malam lama, siang skjp je. pukul 5 ptg pun dh mcm pukul 11 dh kat Malaysia. sumpah stress. nak cari org macam fasu naem azrin hafeez, still x jumpe lg. nak gelak ketawa gila2 mcm kt kmb dulu malam2 lpas kol 9 pun xdpt nak buat dah. alasan ? sebab semua geng2 dh berada jauh serata dunia. newcastle la, new south wales la, rep. czech la, toronto la. owh how i miss kmb soooo much.

mungkin benar la apa yg member aku penah cakap dulu. ANAS omega from saser. katanya bila kita tgh berada or alami sesuatu keadaan tu, kita mungkin membenci perkara tu, tp once kita dh meninggalkan perkara or tmpt tuh, kita akan rindu kt tmpt tu. and i'm serious here. seperti thun 2010 dulu2, masa kt kmb, slalu je rindu suasana kt SASER. then bila 2012, bila dh kt RCSI ni, rase rindu plak kt KMB. well thats life :(  . maklumla, aku ni jenis yang nostalgia sikit suka teringt kt memori lama2.

actually, semua di atas ni xde kene mengene pun dengan tajuk ni.haha. saje je tulis naik turun for no specific reason. cuma nak ckp, x semua benda yg kita inginkan di dunia ni kita akan dpt. sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya. semenjak duduk jauh from Malaysia ni, hari2 aku asyik bermonolog dalaman. terlalu byk benda yg difikirkan. kadang2 kita rasa happy sgt2 and rase mcm on top of the world, and kadang2 rasa down sgt2 seolah2 mcm kt basement bgnan 270 tingkat.huhu. tp pasti setiap perkara yang berlaku tu ade lah hikmahnya insyAllah.

ok la. rasenya itu saja utk entry kali ni. just a random entry written on a Friday night. Salam.

p.s Aku sgt rindukan SASER,KMB, M10C and most of all, keluarga nun jauh di Malaysia :'(

2008- SASER

2011- KMB

2012- Ireland (RCSI)

Thursday, October 18, 2012

That Dream

0 comments
Assalamualaikum. First and foremost, sorry for not updating this blog for such a long time. Nak kata busy, x jugak sbab cuti after IB duduk rumah je. Hehe. Anyway, Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana akhirnya, berjaya jugak melanjutkan pelajaran in tertiary level degree. Specifically in Medicine. yup, medicine folks. not an easy task i would say. but hey, cabaran tu tetap cabaran. aslkan niat and minat tu ade and betul, insyaallah everything will go according to plan.

Alhamdulillah and syukur sgt2 lg skali kerana berjaya juga menjejakkan kaki di bumi Ireland ni setelah bertahun2 asyik terbayang nk study oversea. anyways, i will soon post a new entry regarding my 3 weeks living here in Dublin. terlalu byk utk diceritakan. but now, busy with card signing which is due next week and mid sem exam which a week after that. so maybe next month la update lg. hehe. anyways, here are some pics which i managed to snap here in Dublin. Enjoy !
Cinderella at St Stephen street

Cinderella's Horse

At St. Stephens Park. Exactly in front of RCSI

RCSI main entrance

RCSI front building. Xleh masuk, tp boleh kluar. Pelik2

Autumn 
St. Stephens Park (mid section)

Monday, July 16, 2012

Kemajuan

0 comments
For the past few months slalu je dgr org merungut and merungut and still merungut pasal ktm Komuter yang dikatakan slow and kurang selesa. I have to admit, even aku sendiri pun pernah jugak rasa x puas hati dengan servis komuter ni. Kadang2 delay and kadang2 penuh satu train bila semua masuk jadi mcm tin sardin yang sardinnya diganti dengan spesis bernama manusia.

But, all this negative perception changes bila aku start menggunakan servis komuter sabtu lalu bila nak pergi program JOM!. at first, bila train sampai agak terkejut ah jugak. betul ke aku naik komuter ni ? betul ke aku kt landasan yg nk gi ke Klang ? betul ke ni tren komuter ? surprisingly, it is.Yes, ktm komuter dh ade facelift baru. Tren yang baru. Canggih la jugak. and comfortable. and most importantly, tepati masa (maybe there will be about one or two minutes of delay, tp kejap je) seriously. and the atmosphere inside the coach were totally different from the previous ones.

Actually, tujuan asal tulis post saja2 je nk menceritakan kejakunan diri ini pabila menaiki komuter yang berwajah baru. hehe. ok tu je. selamat menyambut Ramadhan everyone :) and have fun :)

So here are some pics of the new komuter (interior only). xsempt tngkap exterior takut2 terlepas plak tren. hehe



thats all. thank you for reading. haha

Monday, July 9, 2012

Ujian

0 comments
     Assalamualaikum. Penantian itu satu penyeksaan. Rupa-rupanya betul la ape yang cuba diperkatakan oleh manusia. Mungkin kalimah ini slalu je kita dengar tp x pnah merasainya smpai la satu masa bila kita betul2 merasainya. Ok. Sebenarnya, nk crite pasal result IB exam je. Memang penantian result IB itu merupakan satu penyeksaan. Mengharungi hari demi hari dengan asyik fikir pasal result. Mcm2 persoalan bermain di fikiran. "Betul ke apa aku buat harituh ?", "Kalau x lepas nk buat ape eh ?", "Ish, dh bper markah hilang salah buat soalan nombor 7 paper 1 math", "placebo ? ape ni. x paham la data response ni." and mcm2 lg la. But in the end, smpai jugak masa tarikh yang dinantikan bukan oleh aku shj tp semua student IB around the world.

       6 Julai 2012, 8.00 p.m. . Tarikh keramat. Pada waktu tuh, rasa nk check result berkobar-kobar dalam hati, tp apakan daya. disebabkan jalan raya di Malaysia ni lebih2 lg kt KL sgt 'efficient' dan 'mantap', maka aku pun tersekat dlm traffic jam yang maha lama. tersekat kt MRR2 lebih kurang sejam and jalan tun razak selama 45 minit membuatkan aku terpaksa membatalkan niat buat sementara waktu utk check result. at the same time, sempat la jugak usha twitter and facebook gune fon. terkejut beruk tgk status update rakan2 kmb and tweet2 mereka. hampir kesemuanya melafazkan kalimah Alhamdulillah dan syukur. wahhhh. hebat rakan2ku ini. Alhamdulillah dan syukur mereka semua berjaya melepasi requirement point. sementara meraikan kejayaan rakan2, aku sndiri pun naik cuak. jadi takut. takut2 x lepas point yg diingini. apepun, redha dan tawakkal la mrupakan jalan terbaik skrg. at the same time, dh x sabar2 nk tahu result ni. so, last2 call umah suruh kakak aku tolong checkkan. masa tu pukul 10.30. so bila dh check result tuh, jd speechless. tak tahu nk ckp ape. all i can say is Alhamdulillah and syukur :) 

      Alhamdulillah, stlah 2 tahun berperang dengan makhluk bernama International Baccalaureate, akhirnya berjaya jugak menewaskannya. Penat lelah pagi petang siang malam berperang akhirnya ia berjaya ditewaskan. Beribu-ribu pokok ditebang semata-mata untuk buat first second and final draft ee, tok, IA, world lit, and lab report. Alhamdulillah. Insyaallah, dengan keputusan ini, aku berharap aku mampu memikul tanggungjawab yang diberikan kpd aku. and guess what, this is just the beginning of becoming a doctor. banyak lagi bende nk kene buat. so, brace urself Afar. 

      Also, a friendly reminder to myself and others, JANGANLAH sesekali kufur dengan nikmat yang diberikan. Mungkin ini nikmat dan mungkin juga ujian. jadi, pandai2lah jaga diri anda and sentiasa la mendekatkan diri dengan Allah. Insyaallah, dengan mengingatiNya, kita pun jadi tenang. and remember, for everything that happens, pasti ada hikmahnya. ingt, x semua yg kita fikir baik untuk kita adalah baik and x semua bende yang buruk itu buruk untuk kita. harap2 dengan nikmat yang diberi ni, aku akan lebih mendekatkan lagi diri dengan Allah. and thank you everyone :) teachers, family, friends for unlimited support. 

with that, thank you and assalamualaikum . sekian

Sape2 yg x tahu, inilah rupanya bentuk result IB. Gred subjek dirahsiakan bagi menjaga kemaslahatan manusia sejagat. 
Sekian.

Monday, July 2, 2012

Counting The Days

0 comments
Hello ! Yes, its finally July. The month filled with events and revelations. Anyway, I have nothing to say. Just counting the days till Ramadhan and at the same time anxiously waiting for Friday, 6th July, for the revelation of the IB Results. Thats right. Malaysian time is around 8 p.m. . Anyway, good luck to everyone and enjoy the rest of the week.

Gulp. Less than 36 hours ?

Emel from Dr. Saai
The holidays were boring, so i've decided to do this. Just for the sake of fun. Haha
Current mood : Nervous

Sunday, June 10, 2012

Huruf R

0 comments
Kenapa huruf R ? R ? Mungkin ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya maksud tersirat di sebalik huruf R ini ? Mungkin bagi anda, R bermaksud perkara lain, namun bagi si penulis blog ini, huruf R sememangnya mempunyai maksudnya yang tersendiri. Sebenarnya, apa yang hendak dibicarakan di sini adalah perihal sebuah perasaan yang lahir yang pasti wujud dalam diri semua insan yang bergelar manusia. Ya, R. R = Rindu. Bosan ? Sudah biasa dengan penulisan sebegini ? Teruskan menekan butang klik ke bawah jika anda masih berminat untuk membaca. Jika tidak, sila tekan butang 'X' di atas sana.

Tujuan asal entri ini ditulis adalah untuk memerihalkan perasaan rindu penulis kepada sahabat-sahabat di Kolej Mara Banting. Ya, sudah 2 minggu lebih meninggalkan KMB yang juga sering digelar Kolej Maha Busy yang disebabkan oleh kerja-kerja serta tugasan yang bertimbun-timbun yang tidak kenal masa. Namun, menjadi seorang pelajar International Baccalaureate mengajar kita erti kepayahan dan kegigihan untuk mencapai sesuatu (ayat skema). Sebenarnya, aku merindui suasana di kolej. Bukan kerana kerjanya serta assignment yang banyak, tapi disebabkan aku diberi peluang oleh yang Maha Esa untuk bertemu dengan insan-insan yang sungguh menakjubkan. Pelbagai jenis dan ragam manusia dapat aku jumpa sepanjang perjalanan 2 tahun di KMB ini. Dan antara mereka-mereka, yang paling aku rindu sudah semestinya classmate ku iaitu M10C. Dengan bilangan jantina yang seimbang dalam kelas iaitu 10 gadis dan 10 jejaka, setiap satu daripada mereka ini mempunyai keunikan masing-masing.

Mungkin disebabkan tempoh cuti yang lama serta keadaan diri ini yang tidak mencari kerja part-time membuatkan aku mempunyai banyak masa untuk mengimbas kembali suasana di kolej bermula tahun 2010 hingga 2012. Pengalaman pahit, pengalaman manis, semuanya ada. Tapi pengalaman bersama rakan-rakan kelas tercinta mungkin pengalaman yang paling bermakna.



             Inilah wajah-wajah classmateku yang hebat-hebat belaka. Jujur ku katakan, aku rindu suasana dalam kelas. Dengan kebisingan si Zulaikha yang mulut tak berhenti-berhenti bercakap sehinggalah ke si Hafeez yang suara kalau boleh nak kalahkan Ning Baizura. Setiap seorang daripada mereka ini mempunyai peranan masing-masing. Azizi, ketua kelas Semester 1 sentiasa dengan gaya 'cool'-nya dengan perasaan tidak kisah dengan suasana sekililingnya seringkali membuatkan ahli kelas melabelnya sebagai seorang yang 'comel'. Ros dengan laptopnya dalam kelas melayan video-video youtube ketika cikgu tak masuk kelas lagi. Alif dengan earphone-nya di telinga hampir setiap kali laptop berada di depan matanya. Ain Spawi dengan nasihatnya yang berguna serta menginsafkan. Azrin dengan ketinggiannya yang menimbulkan perasaan cemburu dalam kalangan kami yang pendek-pendek. Faris Sulaiman dengan hilai tawanya yang nyaring setiap kali hatinya geli. Nadiah dengan gayanya yang selamba masuk kelas lambat dengan seribu satu alasan yang muhasabah. Kirin dengan sifat matangnya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada rakan-rakannya. Farhanis dengan gayanya yang ala-ala manja sentiasa mencuit hati kami dalam kelas. Khirul @ K-Own dengan ideanya yang jumlahnya tidak terkira dan semangatnya dalam mem'persuade' kami untuk makan di KFC ( Bukan Kentucky Fried Chicken tetapi Koperasi Food Court). Nisa dengan nafsu makannya yang serba hebat. Naim dengan sifatnya sebagai pendengar yang baik juga suka menari ketika tiada orang berada di sekitarnya. Oops. Ramlah dengan gayanya yang petite serta manja. Mikhail dengan mata sepetnya yang seringkali keliru samada terjaga atau tertidur. Amirah dengan coki-coki yang sentiasa dimamah selepas waktu rehat. Farzana dengan sifatnya yang terlalu sayangkan classmatenya dan suka mengimbau kenangan-kenangan lama. Zul dengan sifat pendiamnya dalam kelas. Secara amnya, itulah perkara-perkara yang menjadikan pengalaman di KMB sebagai suatu pengalaman yang menarik. 

                 Bersama Teacher Mazlina. Lecturer Chemistry ketika semester 1 dan 2. Gambar ini diambil ketika jamuan perpisahan yang diadakan petang hari terakhir peperiksaan.

                                                    Kenangan terakhir bersama teacher.

          Aktiviti yang dilakukan setiap kali sesi hafazan di Surau. Tidak sah kalau tak tangkap gambar.

Aktiviti kebiasaan di kelas. Tumpas menandakan terlalu banyak study malam-malam untuk capai kejayaan.

           Kaki tidur di kelas. Bukan dia seorang tapi ramai lagi. Namun ini je gambar yang mampu di-snap. Malangnya, Naim menjadi mangsa.

              Diambil 3 minit sebelum kelas Malay. Ya, IB pun belajar Malay ya. Sastera pula tu. Apapun, marilah kita martabatkan bahasa Melayu.

                   Bersama Teacher Hidayah (Lecturer Math) pada hari terakhir IRP Math. Gambar ini gabungan antara M10C dan M10D. Kehidupan berjiran haruslah diamalkan di mana jua kita berada :-)

                  Riadah petang-petang. Volleyball. Sebuah permainan yang menarik tetapi memerlukan tenaga dan teknik-teknik yang tertentu untuk mahir. Apapun, aku rindu nak main volleyball ngan Naim, Zumar, K-Own, Hafeez dan rakan-rakan yang lain.

                Outing terakhir bersama classmate. Mungkin nampak kebudak-budakan tapi apa aku kisah. Janji dapat meluangkan masa dengan rakan-rakan yang bersama aku selama 2 tahun. 

              Kesimpulannya, pernah aku terdengar seorang rakan berkata kepada aku. Katanya, "kita tidak akan merasai kehilangan seseorang itu sehinggalah kita terpisah dengannya".  Mungkin ini perasaan yang aku sedang alami. Rindu. Kadang-kadang ingin juga kembali seperti dahulu kala. Namun, tak sanggup aku untuk mengambil IB lagi. Cukuplah sekadar dua tahun yang penuh dengan kerja dan assignment. Pada masa yang sama, perasaan takut bercampur cuak juga melanda diri ini apabila memikirkan keputusan IB yang bakal dikeluarkan kurang daripada sebulan. Sekian saja. Maaf jika entri ini agak membosankan atau menjadikan anda hilang semangat untuk membaca entri yang seterusnya. Aku hanya mampu untuk meluahkan apa yang bermain-main di fikiran ini. Sekian. Assalamualaikum.
 
Copyright © kozino-ABC-News-blog
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur